RAGAM AYAT


Ragam ayat merangkumi ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek, manakala ayat pasif mengutamakan objek atau perbuatan. 

Ayat Aktif

Ayat aktif terbahagi kepada dua, iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

Ayat Aktif Transitif

- Ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek atau unsur penyambut.

Contoh ayat :

1. Saufi memasang pukat itu pada petang tadi.

( pukat ialah objek manakala frasa pada petang tadi ialah keterangan frasa sendi nama )

2. Mereka mengusahakan ternakan ikan air tawar itu.

3. Guru mengajarkan tarian tradisional kepada pelajar-pelajar itu.

Ayat Aktif Tak Transitif

  • Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut. Ayat ini tidak boleh dipasifkan.
  • Ayat aktif tak transitif terbahagi kepada dua, iaitu :

( a ) Unsur keterangan boleh digugurkan. Contoh :

  •  ( i ) Asyraf sedang mandi di bilik air.
  •  ( ii ) Asyraf sedang mandi.

( di bilik air ialah unsur keterangan yang boleh digugurkan )

 ( b ) Unsur keterangan tidak boleh digugurkan.

Contoh : Dia ingin menjadi seorang jurutera.

( Seorang jurutera ialah unsur keterangan yang tidak boleh digugurkan kerana frasa tersebut berfungsi melengkapkan ayat. Tanpa frasa tersebut ayat tidak lengkap, iaitu : Dia ingin menjadi )

Ayat Pasif

Ayat pasif mengandungi kata kerja pasif, iaitu mengutamakan objek atau perbuatan.

Ayat ini boleh diaktifkan. Ayat pasif terbahagi kepada tiga, iaitu :



Comments

Popular posts from this blog

Penulisan Karangan-Bahagian Isi (Teknik-IMBaKuP)

Penulisan Karangan-Penutup (Teknik KeCaHa)

Penulisan Karangan-Pendahuluan (THINK)