PROSES PENERBITAN DAN PENGGUGURAN AYAT

 

Pautan 1 : Penerbitan Ayat https://www.youtube.com/live/MKDcEAZcqAU?si=XwLc8RmBugy1jhPh

Pautan 2 : Pengguguran Ayat https://youtu.be/mPiqDsWA41w?si=Myn3VfIA3VdL-1r6

Proses Penerbitan Ayat

  • Penerbitan ayat atau proses transformasi ialah perubahan yang berlaku daripada ayat dasar kepada ayat terbitan. Proses tersebut akan mengubah struktur atau susunan ayat.
  • Proses penerbitan ayat melibatkan tiga proses, iaitu proses pengguguran, penyusunan semula dan peluasan.

Proses Pengguguran Ayat

  • Proses pengguguran dalam penerbitan ayat akan mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu.
  • Proses ini terbahagi kepada empat, iaitu pengguguran frasa nama sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, pengguguran frasa nama yang mendahalui frasa relatif, dan pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama.


Penguguran Frasa Nama sebagai subjek

1. Pengguguran subjek kata ganti nama orang kedua dalam ayat perintah. Contoh :

  •  Awak pergi dari sini. ( pergi dari sini )
  • Awak baca arahan dengan teliti. ( baca arahan dengan teliti )

2. Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk. Contoh :

  • Ana tidak hadir. Ana sakit.
  • Ana tidak hadir kerana Ana sakit.

( Ana tidak hadir kerana sakit. )

Pengguguran Frasa Predikat

1. Pengguguran seluruh frasa predikat

Pengguguran Frasa Nama Penggguguran Frasa Kerja


2. Pengguguran sebahagian frasa predikat.

( a ) pengguguran oleh + frasa nama dalam ayat pasif. Contoh :

  • Ibu bapa perlu dihormati oleh anak-anak.

( Ibu bapa perlu dihormati. )

 ( b ) pengguguran kata bantu yang serupa. Contoh :

  • Adik sudah memakai baju sekolah.
  • Adik sudah menyikat rambutnya

( Adik sudah memakai baju dan menyikat rambutnya. )

 ( c ) pengguguran frasa nama sebagai objek yang serupa. Contoh :

  • Tentera itu dipenjarakan oleh musuh.
  • Tentera itu diseksa oleh musuh.

( Tentera itu dipenjarakan dan diseksa oleh musuh. )

( d ) pengguguran frasa nama sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif. Contoh :

  • Peristiwa itu sungguh menyedihkan kami.

( Peristiwa itu sungguh menyedihkan )


Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif

  • Pengguguran frasa nama yang mendahalui frasa relative ialah pengguguran apa-apa frasa nama di hadapan kata relatif yang.
  • Contoh :

( a ) Luqman membaca novel. Novel itu ditulis oleh J.K Rowling.

( Luqman membaca novel yang ditulis oleh J.K Rowling )

( b ) Lelaki itu anak Pak Ahmad. Lelaki itu bermisai tebal.

( Lelaki yang bermisai tebal itu anak Pak Ahmad. )


Proses Penyusunan Semula

  • Dalam proses penyusunan semula, susunan perkataan ayat asal diubah dan diterbitkan semula menjadi ayat yang baharu. Perubahan ini melibatkan proses pengguguran, penggantian, dan penambahan kata tertentu tetapi tidak mengubah makna ayat. Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula, iaitu :

( a ) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek. Proses ini melibatkan proses mempasifkan ayat. Contoh :

 ( i ) Mak Andam sedang mendandan rambut pengantin itu.

 ( Rambut pengantin itu sedang didandan oleh mak andam )

( b ) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek. Proses ini melibatkan pemindahan objek dalam ayat, iaitu objek tepat dan objek sipi. Contoh :

 ( i ) Asyraf menghadiahi Nana sebentuk cincin.

 ( Asyraf menghadiahkan sebentuk cincin kepada Nana )

( c ) Penyusunan semula melalui ayat songsang. Contoh :

 ( i ) Bayi itu sedang tidur di dalam buaian.

 ( Sedang tidur di dalam buaian bayi itu. )


Proses Peluasan

- Proses peluasan ialah proses penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu.

Terbahagi kepada empat jenis, iaitu :

1. Peluasan frasa nama sebagai subjek. Contoh :

• Budak itu pelajar baharu. Budak itu pendiam.

( Budak yang pendiam itu pelajar baharu. )

2. Peluasan frasa predikat. Contoh :

• Saiful mencari dompetnya. Dompetnya berwarna hijau.

( Saiful mencari dompetnya yang berwarna hijau. )

3. Peluasan dengan kata hubung. Contoh :

• Dia mencapai keputusan yang cemerlang. Dia rajin.

( Dia mencapai keputusan yang cemerlang kerana dia rajin. )

4. Peluasan melalui proses komplentasi. Contoh :

• Cikgu Ain memberitahu pelajar.

• Tindakan akan dikenakan kepada pelajar yang ponteng kelas.

( Cikgu Ain memberitahu pelajar bahawa tindakan akan dikenakan kepada pelajar yang ponteng kelas. )


Comments

Popular posts from this blog

Penulisan Karangan-Bahagian Isi (Teknik-IMBaKuP)

Penulisan Karangan-Penutup (Teknik KeCaHa)

Penulisan Karangan-Pendahuluan (THINK)