APA ITU BENTUK KATA ?

 




BENTUK KATA
Bentuk kata ialah unit tatabahasa yang tunggal dan terhasil melalui proses pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan.

Terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda.




a) Kata Tunggal

Kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang proses pengimbuhan, pemajmukan, atau penggandaan. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata atau lebih.


b) Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

Kebanyakan kata dasar yang menerima imbuhan terdiri daripada morfem bebas dan imbuhan pula ialah morfem terikat.

Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu :



c) Kata Majmuk

Kata majmuk ialah perkataan yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih kata dasar dan membawa makna tertentu.

Walaupun terdapat kata majmuk yang dieja terpisah, tetapi tetap dikira satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Pembentukan kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu : 





d) Kata Ganda

Kata ganda ialah bentuk kata yang mengalami pengulangan kata dasar sama ada secara menyeluruh atau sebahagian sahaja.

Terdapat tiga bentuk kata ganda, iaitu :






Comments

Popular posts from this blog

Penulisan Karangan-Bahagian Isi (Teknik-IMBaKuP)

Penulisan Karangan-Penutup (Teknik KeCaHa)

Penulisan Karangan-Pendahuluan (THINK)